Our T-Shirts Sponsor:

Our T-Shirts Sponsor:
HRC Resources ~ Photo's by Hahn Zulkifli ~

Monday, 11 June 2018

Bila BENCI menjadi CINTA..Episod 2.0

Monday, June 11, 2018 3
Alhmadullilah baru ada kesempatan untuk menulis sambungan cerita sahabat saya hari ni..seperti yang anda semua tahu Ann sahabat saya memang menyampah dekat si Faliq ni walaupun pada dasarnya dia berdua ni kawan baik sebenarnya..tapi nak di jadikan kesah mereka berdua ni bergaduh kadang setiap hari untuk benda-benda yang tak sepatutnya di gaduhkan.

Fazril sampai dah tak tahu nak buat apa dekat si Ann dengan si Faliq ni, si Ann pulak ratu air mata bila bergaduh jer dengan Faliq memang banjir laa sekelian alam. Yang pelik nya kenapa asyik nak bergaduh?? semua kawan-kawan dia yang lain pelik tak ada jawapan.

Faliq pulak asyik carik punca untuk bergaduh dengan Ann padahal sahabat yang lain nampak si Ann ni memang tak kacau pun si Faliq ni...apa sebenarnya yang Faliq nak??? si Ann sampai rimas bosan dengan sikap Faliq yang asyik jer nak cari pasal yang kelakar nya kadang benda yang tak masuk akal.

Fazli, Faizal dan Faiz pulak kadang terpaksa jadi orang tengah untuk si Ann dan Faliq berkomunikasi yer lah sebab dek kesian kan si Ann macam kena buli dengan Faliq pun ada..tetapi apa yang saya tabik dengan si Ann ni dia tak pernah sikit pun cakap kat orang perkara-perkara buruk tentang Faliq..Ann selalu cakap yang mungkin nanti Faliq akan berubah sebab Ann tahu Faliq orang yang baik cuma mungkin cara dia tu berbeza dari yang lain..

Kadang si Ann macam pelik dengan sikap Faliq yang semacam cemburu pun ada bila si Ann bergaul dengan kawan-kawan lelaki yang lain sebab kadang-kadang Ann tengok dari riaksi air muka Faliq macam tak senang yang Ann duk bergurau senda dengan semua yang berjenis lelaki laa di katakan..hahahah

Kalu nak di hitung sebulan tu ada 31 hari,, Faliq dan Ann ni akan bergaduh 30 hari 23 jam dan cuma 1 jam jer yang mereka nampak elok dan baik atau ketawa..Ann cuba dapatkan nasihat Fazril tentang masalah dia dengan Faliq dan Fazril memang sahabat no 1 Ann yang sering bagi nasihat yang positif dan pelbagai cara jugak Fazril cuba lakukan untuk damai kan atau cool kan keadaan bila Faliq bergaduh dengan si Ann..tapi benda tu berhasil cuma seketika jer...hahahah...lucu kan kadang memang nak tergelak tengok.

Apa sebenarnya yang Faliq nak??? Ann pun tak tahu dah nak buat macam mana sebab Ann dah cuba sedaya upaya untuk mengenal sikap Faliq cuba ambil hati Faliq dan tak pernah melawan kalau Faliq cari gaduh tapi kesian juga dengan Ann sebab dia selalu menangis kerana tak tahan dah sabar dengan si Faliq tu.

Ann ingatkan selesai masalah dia bila di tinggal kan oleh cinta hati dia tu dia dapat merasakan warna warni kehidupan dan hidup gembira tapi rupa nya tak jugak sebab Faliq sering buat Ann sedih..Fazril dah cuba nasihatkan Faliq dan tanya apa masalah Faliq dengan si Ann ni yang macam tak pernah nak berbaik nak bergaduh jer kerja nya tetap juga jawapan yang Faliq beri sangat umum..

Fazli dan Faiz pulak memang dah putus asa dah nak baik kan si Ann dengan Faliq sebab tak kan ada hasil nye sebab si Faliq ni manusia keras hati dan ego tak kurang jugak si Ann ni pun sama jer perangainya sebenarnya mana ler mereka ni tak bercekau hari-hari..

Semua sahabat menjadi pelik dengan keadaan Ann dan Faliq ni, apa masalah sebenarnya antara mereka, eh tapi kalau nak tahu sebenarnya dalam bergaduh-bergaduh tu Faliq dan Ann ni duk ber whatsapp berbual elok jer malam-malam kadang macam dia pujuk antara satu sama lain tapi bila berjumpa dia bercekau..Ann selalu mengalah dan buat tak tahu kalau di Faliq ni marah-marah, Faliq ni sejenis manusia yang moody ikut mood dia dan ikut dan dia apa yang dia nak buat.

Ntah la,, semua sahabat baik diaorang ni buntu apa nak jadi antara mereka ni..sebab ada waktunya nampak macam diaorang berdua ni ada sesuatu yang di sorokkan dan cuba di rahsiakan..apakah mereka sebenarnya ada perasaan di antara satu sama lain??? atau pulak sebalik nya..

Tapi apa yang saya tahu Ann memang tak ada perasaan apa-apa pun pada Faliq dan menganggap Faliq tak lebih dari sahabat baik sama macam yang lain-lain..tapi ada jugak terdengar Faliq bercakap pada Fazril yang konon nya Faliq rasa yang Ann ni suka kan dia and dia tak berapa suka benda tu..

Secara jujurnya Ann ketika itu memang tak ada sedikit pun perasaan pada Faliq lagi-lagi lah bila si Faliq ni suka cari gaduh dan apa yg Faliq cakap pada Fazril tu memang tak benar, sikit pun tak. Tapi Fazril timbul tanda tanya kenapa Faliq boleh rasa macam tu?? sedangkan Fazril pun tahu Ann memang sayang semua sahabat-sahabat dia yang lain jugak tapi biasa laa sebagai kawan sebab Ann ni orang dia memang pemurah dia akan belikan untuk semua orang apa pun yang dia nak sebagai tanda persahabatan.

Keadaan menjadi lebih parah dari sehari ke sehari dan Faliq tak henti-henti carik hal dengan si Ann padahal waktu bulan puasa mereka saling buka puasa sama-sama kadang sahur pun sama-sama kiranya banyak laa spend time together.

Hmmm..nampak nye waktu dah tak mengizinkan saya untuk terus bercerita tentang kisah ni jadi sila lah nantikan episod 3.0 sambungan yer...heheh..BERSAMBUNG


Monday, 4 June 2018

0% GST Harga Barangan Turun Atau Naik? Apa Komen Anda

Monday, June 04, 2018 0


Sumber Gambar: Google


Sumber Gambar: Whatsapps Group

PETALING JAYA: Kastam menerima 20 aduan pencatutan pada hari pertama GST sifar hari ini dan menjangkakan lebih banyak lagi aduan dalam beberapa hari ini.

Ketua Pengarah Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pasukannya sedang melakukan pemeriksaan di lapangan tetapi langkah terbaik menangani masalah itu ialah orang ramai perlu perhatikan harga.
Penguatkuasa kami turun padang bersama pasukan Kementerian Hal Ehwal Pengguna untuk memeriksa peniaga dan perkhidmatan seluruh negara.
Tetapi kami perlu orang ramai buat aduan kepada kami atau kementerian untuk menghentikan pencatutan, katanya (Sumber: freemalaysiatoday)

Seperti yang anda semua sedia maklum GST telah diturunkan kadar menjadi 0% bermula 1 June 2018 di seluruh Malaysia, pada pendapat anda semua adakah harga benar-benar di turunkan atau ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menaikkan lagi harga barang?

Seperti gambar yang tertera di atas harga terlihat telah di naikkan sebanyak 20% jauh lebih berbeza dari sebelum ini ketika kadar GST masih 6% lagi padahal pelanggan membeli makanan yang sama. Pelik kan? Saya jadi keliru apakah ada pihak individu sedang mengambil kesempatan sedangkan kebanyakan harga barang telah di turun kan.


Monday, 28 May 2018

Bila BENCI menjadi CINTA..Episod 1.0

Monday, May 28, 2018 2

Kadang pelik kan, benda yang kita tak sangka-sangka itu yang terjadi..Itulah lumrah kehidupan yang nama nya manusia...dan sekarang saya nak bercerita tentang cerita cinta sahabat saya yang pada mula nya dia fikir mustahil...hmmm...ok lets start!

Nama kawan saya ni Ann obviously laa dia ni gegirl kan..hahha..tapi kawan-kawan rapat dia ni semua lelaki sama laa jugak dengan saya sebab corak pemikiran kami ni agak berbeza dari gegirl yang lain kat luar sana tu..hahha..dia ni tak laaa girlish sangat cara bercakap macam kasar sikit kira perwatakan memang ala-ala kental laa nak di kata..

Kisah bermula apabila dia ada sahabat sehati sejiwa 5 sekawan besfren lelaki yang bernama Faliq, Fazli, Fazril, Faizal dan Faiz, yang belum kahwin lagi cuma si Faliq tu yang lain nya semua dah berumah tangga..apa yang best pasal diaorang ni memang sangat rapat dah macam adik beradik kira nya kalau ada yang susah semua turut bersusah dan selesaikan masalah tu bersama, kalau seorang tak ada duit nak makan antara mereka akan keluar duit beli makanan..memang dah macam blood brothers and sister laa..nak dijadikan cerita..

Ann ni baru kecewa di tinggalkan kekasih hati dia kahwin dengan yang lain so nak di katakan dia di dalam kesedihan yang amat mana tak nye kekasih hati kahwin lain kot dah bercinta 4 tahun punya giler lama last tak jadi kahwin berdua...kesian juga saya dengan dia, nampak ceria kat luar tapi bila hujung hari menangis, kawan-kawan yang selalu teman dia si 5F ni laaa yang hadap air mata si Ann ni hari-hari bagi support mental dan fizikal...

Ann kembali ceria seperti sebelum ni sebab dia rasa betul terharu tengok sahabat sejati dia yang sentiasa ada sama dengan dia waktu dia sedih..si Ann paling rapat dengan si Fazril ni kiranya Fazril dah macam kaunselor kat dia hari-hari kena sekolahkan supaya jadi kuat dan stop dah menangis...

Terbalik pulak si Faliq dengan si Ann ni kerja nya asyik bergaduh jer 24jam kadang-kadang sampai si Fazril,Fazli,Faizal dan Faiz naik bosan dengan sikap dia berdua ni kadang macam budak kecil tak cukup akal ada jer benda yang nak di gaduhkan nya tapi kemudian baik macam orang berkasih..kadang kelakar pun ada..haiiishhh

Mula-mula si Ann ni menyampah juga kat si Faliq dengan perangai dia tu macam benci pun ada..hahhaha..saya geli hati betul tengok..apa tak nye kalau bergaduh dah macam orang bercinta bergaduh pun ada sampai menangis si Ann di kerjakan dek si Faliq ni..

Mengantuk pulak mata ni haa..kalau nak tau apa next atau sorotan dari cerita kawan saya si Ann ni tunggu next episod 2.0 yer...heheheh...BERSAMBUNG

Peminjam PTPTN Berkemampuan Dan Kurang Tanggungan Perlu Langsaikan Hutang - Syed Saddiq

Monday, May 28, 2018 4


Sumber Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketua pemuda PPBM berkata, peminjam PTPTN yang mempunyai kemampuan dan kurang tanggungan walaupun gajinya tidak mencapai RM4,000.00 sebulan wajib bertanggungjawab menyelesaikan hutang pinjaman pembelajaran mereka. 

Peminjam yang berkemampuan tidak seharusnya menggunakan wang gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup terkini seperti memiliki telefon bimbit mahal dan bercuti tetapi tidak menjelaskan hutang pinjaman. 

Walaubagaimanapun, perkara ini perlu diteliti dengan sempurna oleh kerajaan bagi membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan yang tidak mampu. Matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran pinjama PTPTN ini adalah untuk membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN. 

Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman.

Kerajaan berpendapat, dari terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka, adalah baik kami bantu golongan ini kerana ada peminjam yang bekerja hanya berpendapatan sekitar RM1,500.00 hingga RM2,000.00 yang mana tidak mencukupi ditambah pula kadar kos sara hidup yang tinggi hari ni. Malah, kadar pengangguran juga tinggi.



Sumber - BERNAMA

Saturday, 26 May 2018

Pembayaran BR1M Sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng

Saturday, May 26, 2018 2

Sumber Gambar: Google



KUALA LUMPUR: Berita baik buat rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang apabila kerajaan PH bersetuju meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan dijangka menerima bayaran kedua bantuan itu sebelum sambutan Aidilfitri.

Seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kewangan itu berkata, maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan melalui akaun Twitter @guanenglim miliknya.

Kerajaan PH akan meneruskan pemberian BR1M, namun, menurut Tun M, ianya akan dikaji semula untuk memastikan golongan yang benar-benar layak menerimanya. Kira-kira 7.2 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini sehingga Februari lalu yang memperuntukkan sebanyak RM6.8 billion. 
Sumber : MyMetro