Our T-Shirts Sponsor:

Our T-Shirts Sponsor:
HRC Resources ~ Photo's by Hahn Zulkifli ~

Monday, 11 June 2018

Bila BENCI menjadi CINTA..Episod 2.0

Alhmadullilah baru ada kesempatan untuk menulis sambungan cerita sahabat saya hari ni..seperti yang anda semua tahu Ann sahabat saya memang menyampah dekat si Faliq ni walaupun pada dasarnya dia berdua ni kawan baik sebenarnya..tapi nak di jadikan kesah mereka berdua ni bergaduh kadang setiap hari untuk benda-benda yang tak sepatutnya di gaduhkan.

Fazril sampai dah tak tahu nak buat apa dekat si Ann dengan si Faliq ni, si Ann pulak ratu air mata bila bergaduh jer dengan Faliq memang banjir laa sekelian alam. Yang pelik nya kenapa asyik nak bergaduh?? semua kawan-kawan dia yang lain pelik tak ada jawapan.

Faliq pulak asyik carik punca untuk bergaduh dengan Ann padahal sahabat yang lain nampak si Ann ni memang tak kacau pun si Faliq ni...apa sebenarnya yang Faliq nak??? si Ann sampai rimas bosan dengan sikap Faliq yang asyik jer nak cari pasal yang kelakar nya kadang benda yang tak masuk akal.

Fazli, Faizal dan Faiz pulak kadang terpaksa jadi orang tengah untuk si Ann dan Faliq berkomunikasi yer lah sebab dek kesian kan si Ann macam kena buli dengan Faliq pun ada..tetapi apa yang saya tabik dengan si Ann ni dia tak pernah sikit pun cakap kat orang perkara-perkara buruk tentang Faliq..Ann selalu cakap yang mungkin nanti Faliq akan berubah sebab Ann tahu Faliq orang yang baik cuma mungkin cara dia tu berbeza dari yang lain..

Kadang si Ann macam pelik dengan sikap Faliq yang semacam cemburu pun ada bila si Ann bergaul dengan kawan-kawan lelaki yang lain sebab kadang-kadang Ann tengok dari riaksi air muka Faliq macam tak senang yang Ann duk bergurau senda dengan semua yang berjenis lelaki laa di katakan..hahahah

Kalu nak di hitung sebulan tu ada 31 hari,, Faliq dan Ann ni akan bergaduh 30 hari 23 jam dan cuma 1 jam jer yang mereka nampak elok dan baik atau ketawa..Ann cuba dapatkan nasihat Fazril tentang masalah dia dengan Faliq dan Fazril memang sahabat no 1 Ann yang sering bagi nasihat yang positif dan pelbagai cara jugak Fazril cuba lakukan untuk damai kan atau cool kan keadaan bila Faliq bergaduh dengan si Ann..tapi benda tu berhasil cuma seketika jer...hahahah...lucu kan kadang memang nak tergelak tengok.

Apa sebenarnya yang Faliq nak??? Ann pun tak tahu dah nak buat macam mana sebab Ann dah cuba sedaya upaya untuk mengenal sikap Faliq cuba ambil hati Faliq dan tak pernah melawan kalau Faliq cari gaduh tapi kesian juga dengan Ann sebab dia selalu menangis kerana tak tahan dah sabar dengan si Faliq tu.

Ann ingatkan selesai masalah dia bila di tinggal kan oleh cinta hati dia tu dia dapat merasakan warna warni kehidupan dan hidup gembira tapi rupa nya tak jugak sebab Faliq sering buat Ann sedih..Fazril dah cuba nasihatkan Faliq dan tanya apa masalah Faliq dengan si Ann ni yang macam tak pernah nak berbaik nak bergaduh jer kerja nya tetap juga jawapan yang Faliq beri sangat umum..

Fazli dan Faiz pulak memang dah putus asa dah nak baik kan si Ann dengan Faliq sebab tak kan ada hasil nye sebab si Faliq ni manusia keras hati dan ego tak kurang jugak si Ann ni pun sama jer perangainya sebenarnya mana ler mereka ni tak bercekau hari-hari..

Semua sahabat menjadi pelik dengan keadaan Ann dan Faliq ni, apa masalah sebenarnya antara mereka, eh tapi kalau nak tahu sebenarnya dalam bergaduh-bergaduh tu Faliq dan Ann ni duk ber whatsapp berbual elok jer malam-malam kadang macam dia pujuk antara satu sama lain tapi bila berjumpa dia bercekau..Ann selalu mengalah dan buat tak tahu kalau di Faliq ni marah-marah, Faliq ni sejenis manusia yang moody ikut mood dia dan ikut dan dia apa yang dia nak buat.

Ntah la,, semua sahabat baik diaorang ni buntu apa nak jadi antara mereka ni..sebab ada waktunya nampak macam diaorang berdua ni ada sesuatu yang di sorokkan dan cuba di rahsiakan..apakah mereka sebenarnya ada perasaan di antara satu sama lain??? atau pulak sebalik nya..

Tapi apa yang saya tahu Ann memang tak ada perasaan apa-apa pun pada Faliq dan menganggap Faliq tak lebih dari sahabat baik sama macam yang lain-lain..tapi ada jugak terdengar Faliq bercakap pada Fazril yang konon nya Faliq rasa yang Ann ni suka kan dia and dia tak berapa suka benda tu..

Secara jujurnya Ann ketika itu memang tak ada sedikit pun perasaan pada Faliq lagi-lagi lah bila si Faliq ni suka cari gaduh dan apa yg Faliq cakap pada Fazril tu memang tak benar, sikit pun tak. Tapi Fazril timbul tanda tanya kenapa Faliq boleh rasa macam tu?? sedangkan Fazril pun tahu Ann memang sayang semua sahabat-sahabat dia yang lain jugak tapi biasa laa sebagai kawan sebab Ann ni orang dia memang pemurah dia akan belikan untuk semua orang apa pun yang dia nak sebagai tanda persahabatan.

Keadaan menjadi lebih parah dari sehari ke sehari dan Faliq tak henti-henti carik hal dengan si Ann padahal waktu bulan puasa mereka saling buka puasa sama-sama kadang sahur pun sama-sama kiranya banyak laa spend time together.

Hmmm..nampak nye waktu dah tak mengizinkan saya untuk terus bercerita tentang kisah ni jadi sila lah nantikan episod 3.0 sambungan yer...heheh..BERSAMBUNG


3 comments:

  1. Alaaa... Sebenarnye mereka saling suka sama suka. Tapi keegoaan masing² yg buatkan mereka senantiasa bertekak di depan org ramai. Walhal bile berdua berbalas whatsapp.hehehehe...

    ReplyDelete
  2. haii,,,, saya ain..done follow blog awak..
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete